Friday 27 January 2012

Rindu....:)

assalamualaikum dan salam sejahtera...


Nak dengar lagu nasyid x????lgu nie bkan saje best tpi ianya 
mmpunyai mkna yg mendalam yang akan mengundang rsa rindu kita kepada kekasih ALLAH iaitu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.


jjjooommm...kita dengar yea...>_<


kalau kekasih-MU 
masih berada bersama kami
akan terlunaslah segala hutang 
dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya

rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-MU
berada berhampir Baginda, 
jiwa turut menjadi harum
dan apa jua yang kalian doakan kepada ALLAH,
akan diperkenankan 

cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna 
wahai Tuhan Yang Maha Memperkenankan doa hamba
kutebus diriku dengan dirimu,
wahai kekasihku
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing
berada berhampiran denganmu, 
jiwa menjadi harum
wahai yang diutuskan kepada seluruh alam

wahai kekasihku.....wahai Nabi Muhammad
wahai doktor hatiku.....wahai yang dipuji dipuja
dirimu memiliki kelebihan yang diakui
oleh Tuhan yang turut berselawat ke atas mu







Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (ertinya): “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam suri tauladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhir dan dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab: 21)





No comments:

Post a Comment